![]() |
| Nabi Muhammad Sas |
🖌 *Nama* : _Muhammad bin Abdullah
bin Abdul Muttalib bin Hashim_.
🖌 *Tarikh lahir :* _Subuh hari
Senin, 12 Rabiulawal_ bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah;
sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah)
🖌 *Tempat lahir* : Di rumah Abu
Talib, Makkah Al-Mukarramah.
🖌 *Nama bapa* : Abdullah bin Abdul
Muttalib bin Hashim.
🖌 *Nama ibu* : Aminah binti Wahab
bin Abdul Manaf.
🖌 *Pengasuh pertama* : Barakah
Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah Solloloohu'alaihi
wasallama).
🖌 *Ibu susu pertama* : Thuwaibah
(hamba perempuan Abu Lahab).
🖌 *Ibu susu kedua* : Halimah binti
Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu
Kabsyah).
🎈 *USIA 5 TAHUN*
💓 _Peristiwa pembelahan dada
Rasulullah Solloloohu'alaihi wasallama yang dilakukan oleh dua malaikat_untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang
wujud di dalam hatinya.
🎈 *USIA 6 TAHUN*
💓 _Ibunya Aminah binti Wahab
ditimpa sakit dan meninggal dunia_ di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara
Makkah dan Madina, baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa
Rasulullah Solloloohu'alaihi wasallama) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
🎈 *USIA 8 TAHUN*
💓 _Datuknya, Abdul Muttalib pula
meninggal dunia_. Baginda dipelihara pula oleh bapa
saudaranya, Abu Talib.
🎈 *USIA 9 TAHUN* (Setengah riwayat
mengatakan pada usia 12 tahun).
💓Bersama bapa saudaranya, Abu Talib
bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
💓Di kota Busra, negeri Syam,
seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua
rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa
Arab yang akan lahir pada masa itu.
🎈 *USIA 20 TAHUN*
💓Terlibat dalam peperangan Fijar .
Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ', jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada
ketika itu usia Muhammad Solloloohu'alaihi wasallama ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai
peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah
sahaja.
💓Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul
' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di
Makkah.
🎈 *USIA 25 TAHUN*
💓Bermusafir kali kedua ke Syam atas
urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
💓Perjalanan ke Syam ditemani oleh
Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
💓Baginda Solloloohu'alaihi
wasallama bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad
(bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun
ketika itu.
💓Mas kawin baginda kepada Khadijah
adalah sebanyak 500 dirham.
🎈 *USIA 35 TAHUN*
💓Banjir besar melanda Makkah dan
meruntuhkan dinding Kaabah.
💓Pembinaan semula Kaabah dilakukan
oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
💓Rasulullah Solloloohu'alaihi
wasallama diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan
pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
🎈 *USIA 40 TAHUN*
💓Menerima wahyu di gua Hira '
sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
🎈 *USIA 53 TAHUN*
💓Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah
dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
💓Sampai ke Madinah pada tanggal 12
Rabiulawal/ 24 September 622M.
🎈 *USIA 63 TAHUN*
💓Kewafatan Rasulullah Solloloohu'alaihi
wasallama di Madinah Al-Munawwarah pada hari Senin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632
Masehi.
*ISTERI-ISTERI RASULULLAH Solloloohu'alaihi
wasallama*
💚 Khadijah Binti Khuwailid.
💚Saudah Binti Zam'ah.
💚Aisyah Binti Abu Bakar (anak
Saidina Abu Bakar).
💚Hafsah binti ' Umar (anak Saidina
' Umar bin Al-Khattab).
💚Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
💚Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi
Salamah).
💚Zainab Binti Jahsy.
💚 Maimunah Binti Harith.
💚 Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
💚 Zainab Binti Khuzaimah (digelar '
Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).
*ANAK-ANAK RASULULLAH Solloloohu'alaihi
wasallama*
1.💜 Qasim
2.💜Abdullah
3.💜 Ibrahim
4. 💜Zainab
5.💜 Ruqaiyah
6.💜Ummi Kalthum
7.💜Fatimah Al-Zahra '
*ANAK TIRI RASULULLAH Solloloohu'alaihi
wasallama*
💙Halah bin Hind bin Habbasy bin
Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habba menikah
dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).
*SAUDARA SESUSU RASULULLAH
Solloloohu'alaihi wasallama*
*_IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN_*
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
*_SAUDARA SUSUAN_*
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin
Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza
*BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH
Sollolohu'alaihi wasallama* ( _ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB_)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam)
***
*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang
Islamnya.
*Sabda Rasulullah Solloloohu'alaihi
wasallama:*
💞 "Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku niscaya dia bersama-samaku di dalam syurga" (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Untuk menyisipkan kode pendek, gunakan <i rel="code"> ... KODE ... </i>
Untuk menyisipkan kode panjang, gunakan <i rel="pre"> ... KODE ... </i>
Untuk menyisipkan gambar, gunakan <i rel="image"> ... URL GAMBAR ... </i>